Paling Popular
Terkini
story images
story images

ULASAN | Tan Sri Noh Omar adalah manusia paling kecewa dan gagal apabila PAS serta tiga exco kekal dalam kerajaan Selangor.

Kenyataan Pengerusi BN Selangor tentang PAS Selangor dayus adalah ibarat meludah ke langit dan menggambarkan kekecewaan beliau kerana gagal memecahkan kerajaan negeri, seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno.

Noh sepatutnya melihat Umno dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap kelemahan kerajaan Persekutuan.

PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini.

Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan.

Noh uga perlu belajar tentang makna tahaluf dan taawun. Kejahilan untuk memahami inilah menyebabkan beliau minta exco PAS supaya meletakkan jawatan.

Keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa.

Sejarah telah membuktikan, di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan.

Apabila masyarakat mempersoalkan, Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat.

Oleh sebab itu, PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat.

Noh juga perlu belajar sejarah. PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan menteri besar.

Disaat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS tidak turut berpakat. Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting.

Apabila Dato Seri Azmin Ali dilantik, PAS tetap teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Inilah PAS yang Noh perlu belajar daripadanya.


SALLEHEN MUKHYI Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Sabak. Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS