'Kontraktor Melayu layak jadi pemaju induk Bandar M'sia'

       

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk Bandar Malaysia jika kena dengan syarat dan proses pemilihan yang telah ditetapkan.

"Kami berharap pemaju induk akan dilantik atau dipilih dari kalangan kontraktor bumiputera.

"Kami sememangnya berharap pemaju induk ini dilantik, atau dipilih dikalangan kontraktor Bumiputera

"(Ini akan) membolehkan kek ekonomi dirasai dan dikongsi dengan anak-anak tempatan sendiri yang turut mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri," kata Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad kepada Malaysiakini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara keduanya belum dimeterai.

Ia selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.

Najib berkata, proses pemilihan untuk pemaju induk akan melibatkan kriteria yang ketat, termasuk prestasi yang telah terbukti, kemampuan menyiapkan projek, rekaan kandungan, dan keupayaan kewangan untuk menyiapkan berskala besar.

Mokhtar berharap akan ada perbincangan bersama pemaju dan kontraktor bumiputera untuk proses seterusnya termasuk dalam peruntukan kontrak berkaitan projek Bandar Malaysia.

"Kami berharap kontraktor Melayu diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ikonik ini dan tidak dipinggirkan selaras dengan dasar kerajaan dan perdana menteri sendiri agar ia direalisasikan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Beliau juga berharap projek itu dapat berkembang maju bagi perniagaan kecil dan besar untuk menikmati segala yang Malaysia tawarkan baik di dalam industri atau bidang perniagaan, pelancongan, pekerjaan, ekonomi dan sebagainya.

[Baca berita penuh]

 

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda