Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Allahuakbar, jasad arwah seperti baru dikebumi'
Diterbitkan:  May 19, 2017 12:08 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

Jenazah pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu, selepas dikatakan didera, dilapor masih elok ketika digali semula pagi semalam.

Memetik Mingguan Wanita, Sinar Harian melaporkan kisah itu dikongsi oleh bapa saudara allahyarham, Mas Arip yang menyaksikan penggalian semula kubur itu.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam.

“Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaran-Nya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakbar! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya.

“Masya-Allah. Allah maha berkuasa,” beliau dipetik sebagai berkata.

Jenazah Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

Jenazah itu dilapor perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya,” kata Mas.

Kisah Thaqif, yang meninggal dunia ketika berumur 10 tahun, menjadi tular selepas dia didakwa dipukul warden di maahad tahfiznya di Kota Tinggi, Johor.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lihat Komen
ADS