Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekerja Proton tak dibenar jumpa Dr M?
Diterbitkan:  Jun 6, 2017 11:29 AM
Dikemaskini: 4:44 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini sukar bertemu dengan warga Pronton selepas tidak lagi menjadi pengerusi syarikat kereta itu.

“Sejak saya tinggal Proton, pegawai dan kakitangan Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, jauh sekali bertemu,” katanya.

Mahathir pada 30 Mac mengambil langkah drastik meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, yang diasaskannya sebagai syarikat kereta negara kira-kira 30 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat kira-kira dua minggu selepas kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir juga berkata ramai juga pembekal bertemunya yang mengadu masalah dengan Ponton.

“Ramai pembekal berjumpa saya untuk saya tolong dapat duit yang dihutang oleh Proton.

“Tetapi saya tidak boleh buat apa-apa,” katanya lagi.

Beliau sebelum itu berkata terdapat vendor tidak dibayar kerana kegagalan menjual sasaran 8,000 unit kereta sebulan.

“Vendor tidak membekal peralatan kerana tidak dibayar. Kereta tak dapat dipasang kerana tak cukup komponen. Keluaran rendah dari permintaan.

“Penjualan tidak dapat ditingkatkan. Permintaan ada. Bekalan kurang. Proton rugi,” katanya.

Beliau juga mendedahkan beberapa cadangannya untuk menaik taraf enjin Proton pernah ditolak.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom dilapor akan menjual 49.9 peratus pegangan dalam Proton Holdings kepada syarikat kereta China Kumpulan Zhejiang Geely Holding.

Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai perjanjian definitif pada Julai 2017.

Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta sport British, Lotus kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd.

Lihat Komen
ADS