Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lif 'menggerunkan', penduduk dakwa DBKL abaikan aduan

Pada petang 28 Mei, warga emas Zabedah Abdul Rani pulang ke flatnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, selepas membeli-belah di bazar Ramadan berhampiran.

Tidak lama selepas memasuki lif, Zabedah dan lapan orang yang lain mendapati diri mereka terperangkap - dan kemudian lif menjunam ke bawah, tiga tingkat.

Bungkus makanan dan minuman untuk berbuka puasa - hari itu adalah ia hari kedua Ramadan - bertaburan di lantai lif.

"Saya tutup mata, saya begitu takut. Bunyi bising - Seperti bom meletup - dan kemudian lif menjunam ke bawah, saya jatuh dan tak dapat bangun," kata Zabedah, 84.

Nuur Ateka Shaari, 30, dan anak lelakinya yang berusia dua tahun juga turut terperangkap dalam lif yang sama.

Katanya, lif itu bergegar ketika sedang naik sebelum ia tiba-tiba terhempas.

Penduduk lain berjaya mencungkil pintu lif dan semua di dalamnya berjaya diselamatkan. Tidak ada yang mengalami kecederaan serius.

Menurut Nuur Ateka, apabila keluar, dia mendapati separuh daripada lif itu berada di bawah paras 'ground level'.

Ekoran kejadian itu, Nuur Ateka berkata dia terpaksa ambil cuti sakit kerana pergelangan kakinya terseliuh.

Zabedah berkata dia kini menjadi takut untuk menaiki lif.

Daripada tiga lif untuk kegunaan semua 17 tingkat blok D flat PPR itu, hanya dua yang masih berfungsi. Itu pun, ia sering rosak.

"Lif-lif ini sering rosak atau tersekat. Ini telah berlaku banyak kali," kata Nuur Ateka (foto).

Beliau dan Zabedah tinggal di PPR itu sejak ia siap dibina pada tahun 2008.

Penduduk mendakwa ini bukan kali pertama lif di projek perumahan kos rendah itu, yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), rosak seperti itu.

Terdapat kejadian yang sama berlaku tiga tahun lalu. Mereka berkata ia melibatkan lif terhempas dari tingkat lapan, menyebabkan seorang patah kaki dan dia tidak dapat bekerja kerja selama setahun.

Katanya, apabila mereka membertahu perkara itu kepada pekerja penyelenggaraan DBKL, mereka berkata: "Macam mana ini boleh terjadi? Ia mustahil".

"Mereka kata kami buat cerita," kata Nuur Ateka, dan Zabedah turut mengangguk.

Sudah hampir dua minggu sejak kejadian membabitkan lif itu berlaku pada 28 Mei, tetapi lif itu belum dibaiki.

Tinjauan Malaysiakini mendapati pintu masuk ke lif itu disekat dan pintunya ditampal dengan notis dari Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL yang berkata lif itu ditutup sementara kerana "vandalisme". Bahagian pilihan bagi "kerosakan teknikal" telah dipangkah.

'Kita perlu p'raya k'jaan tempatan

Seorang penduduk, Juriah Ismail, 58, berkata DBKL telah tidak berhubung dengan mana-mana penduduk.

Katanya, tiada siapa yang memberitahu mereka mengenai sebarang sebarang tindakan untuk membaiki lif-lif itu.

"Kita tak tahu apa yang akan dilakukan. Kami bayar RM45 sebulan untuk yuran penyelenggaraan," katanya.

Juriah melahirkan rasa kecewa terhadap layanan pihak berkuasa terhadap beliau dan penduduk di situ.

"Adakah DBKL fikir kami merupakan penduduk tanpa hak? Apabila saya cuba untuk mengadu, pegawai-pegawai DBKL berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa. Saya harap mereka akan berhenti mengabaikan kami," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hadir di tempat kejadian semalam untuk menarik perhatian umum terhadap isu tersebut dan bahawa kekurangan respons DBKL itu menekankan keperluan terhadap pilihan raya kerajaan tempatan untuk DBKL dan majlis tempatan yang lain.

"(Kita perlu) pilihan raya kerajaan tempatan untuk memberi rakyat hak untuk memilih siapa yang patut mewakili mereka di DBKL," kata Nurul Izzah, dengan harapan akan mendapat respons dari DBKL terhadap isu lif tersebut.

Malaysiakini telah cuba untuk menghubungi Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL untuk mendapatkan respons terhadap masalah penduduk PPR itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS