Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana

Semacam dipersendakan dan tular di media sosial, Timbalan Presiden PAS hari ini sebaliknya bersikap terbuka mengenai tesis sarjana yang pernah disiapkannya pada 1995.

Bercakap kepada Malaysiakini, timbalan presiden PAS itu berkata, kajian untuk ijazah sarjana beliau adalah berkaitan dengan sektor pelancongan di Pulau Tioman.

Bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman, Tuan Ibrahim menyiapkan kajiannya semasa mengikuti pengajian jurusan dakwah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Kajian saya mengenai implikasi pelancongan terhadap umat Islam di Pulau Tioman.

"Saya tengok keberkesanan kajian saya dari segi hal tanah, yang kedua dari segi manfaat kepada penduduk sebab dan yang ketiga berkaitan akhlak Islam.

"(Sektor) pelancongan itu dia (menjurus kepada unsur) liar, minum (arak), terlibat pelancongan pelacuran," katanya.

Sebelum ini beberapa pengguna media sosial mempertikaikan kelayakan akademim Tuan Ibrahim.

Tesis mengenai kajian pelancongan di Pulau Tioman yang disiapkannya itu dilihat sebagai tidak sepadan dengan kedudukannya sebagai antara orang paling penting dalam PAS.

Anak kelahiran Jengka, Pahang pada Ogos 1960 itu pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum terlibat sepenuh masa bersama PAS.

Lihat Komen
ADS