Malaysiakini
BERITA

GST ke atas lebih 60 barangan makanan mulai 1 Julai

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Jun 2017, 6:34 pagi

Media hari ini melaporkan lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Julai ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy yang dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata, kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan dan ia disahkan oleh Subromaniam.

Semalam, akhbar Cina, China Press melaporkan antara barangan berkenaan, termasuk makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Barangan baru yang akan dikenakan GST itu termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Sementara itu, sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Barangan lain termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

Kerajaan telah memperkenalkan GST pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan.

Untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawatan gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.