Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Nelayan laut dalam terjejas kepada penyakit kelamin susulan kurang celik terhadap kesihatan seksual, menurut satu laporan.

Penemuan itu diperoleh hasil kajian tiga badan iaitu Tenaganita, Majlis Aids Malaysia dan Centre of Excellence for Research in AIDS (Ceria) yang didukung oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Seramai 127 nelayan, terdiri daripada penduduk tempatan dan pendatang asing, daripada enam negeri di semenanjung Malaysia diwawancara untuk tinjauan itu.

Lebih 50 peratus responden yang berkhidmat atas bot besar berkata mereka tidak pernah menggunakan kondom semasa berjimak dengan pasangan utama mereka.

Enam belas orang lagi mengaku mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Bukan sahaja risiko HIV, kajian itu mendapati nelayan turut terjejas kepada penyakit kelamin seperti herpes dan gonorea.

'Tak puas...'

Beberapa nelayan percaya mereka dapat memastikan sama ada pelacur yang dilanggan menghidap sesuatu penyakit berdasarkan penampilan mereka.

“Tak puas (pakai kondom)... perempuan saya tak tahu. Jika dia nampak serabai saya tak pilih dia.

"Saya ada standard,” kata seorang nelayan Burma 49 tahun daripada Pahang yang tidak dinamakan, menurut laporan yang dilancarkan oleh Tenaganita dan WWF di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun terdapat juga nelayan yan gmenggunakan kondom kerana faham dengan penyakit kelamin yang boleh berjangkit (STIs).

Mereka bagaimanapun percaya berjimak dengan pasangan utama tanpa memakai kondom adalah selamat.

“Saya selalu ambil pelacur dari Karaoke di Thailand... Dengan isteri sendiri saya tidak pakai kondom.

“Di luar, pakai,” kata warga Thai 35 tahun yang tinggal di Kelantan, menurut laporan itu lagi.

Salah faham

Salah seorang penyelidik kajian itu Liva Sreedharan berkata terdapat salah faham bagaimana HIV berjangkit.

Katanya, sesetengah orang percaya ia boleh berjangkit melalui perkakas makanan.

Kajian itu mengetengahkan kes nelayan yang menghidap HIV dalam penjara tetapi tidak mendapat rawatan sepatutnya.

Pesakit juga tidak tahu bahawa ubat-ubatan dibekalkan secara percuma di pusat-pusat kesihatan kerajaan.

“Dia (kakitangan perubatan penjara) berkata saya ada HIV. Semasa di luar (penjara), saya tidak pernah kongsi jarum (suntikan) dan saya tak rasa saya ada HIV.

“Saya kurang yakin (dengan keputusan itu). Tetapi dia kata saya kena, tetapi saya masih tidak ke hospital,” kata nelayan Terengganu 27 tahun itu.

Kajian itu mendapati 37 orang responden terdedah kepada penyalahgunaan dadah dan dilaporkan menggunakan dadah sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari sebelum diwawancara.

Responden bagaimanapun berkata dadah adalah satu keperluan untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama.

“Biasanya mas rehat, orang macam kami, jika badan penat kami cucuk (dadah)...,” kata seorang nelayan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS