Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 6:07 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Putrajaya sedang mengintai syarikat gergasi dalam senarai Fortune 500 untuk menerajui pembangunan projek Bandar Malaysia, kata pengerusi Bandar Malaysia Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Sudah tentu kami akan meletakkan syarat-syarat tertentu kali ini - seperti hanya (menerima) syarikat berpengalaman luas, mungkin syarikat dalam senarai Fortune 500.

"Akan ada kriteria tertentu, jika mereka memenuhi kriteria, maka mereka boleh menyertai,” katanya pada sidang akhbar di Subang, hari ini.

Walau bagaimanapun, tarikh akhir yang dirancang untuk mengumumkan pemaju utama projek itu mungkin terpaksa ditangguhkan. Ini selepas Mohd Irwan, yang juga adalah ketua setiausaha perbendaharaan, mendedahkan bahawa kementerian kewangan belum mengeluarkan Permohonan Cadangan (RFP).

Pada 17 Mei lalu, Mohd Irwan dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa RFP akan dikeluarkan "segera".

Katanya, tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan itu akan ditutup pada 30 Jun dan pengumuman pemaju induk baru akan dibuat pada 14 Julai.

Bagaimanapun, Mohd Irwan hari ini berkata RFP hanya akan dikeluarkan minggu ini.

Bulan lalu, Putrajaya membatalkan rancangannya untuk menjual 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada IWH -CREC Sdn Bhd, sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Kerajaan mendakwa konsortium itu gagal membuat pembayaran tertentu tetapi ini dinafikan oleh IWH-CREC.

Najib kemudiannya melobi Wanda Group, pemaju swasta terbesar di China, untuk mengambil projek Bandar Malaysia.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada perjanjian yang ditandatangani.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS