Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian pendidikan siasat dua kes rotan pelajar

Kementerian Pendidikan sedang meneliti dua insiden merotan pelajar yang dikatakan berlaku di Selangor dan Melaka, kata timbalan menterinya Datuk P Kamalanathan.

Beliau mengesahkan siasatan dijalankan ke atas kejadian membabitkan seorang pelajar berumur lapan tahun di SJK (C) Puay Chai 2 di Petaling Jaya yang didakwa dirotan sebanyak 12 kali kerana gagal membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Kementerian sedang mengkaji kes itu dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Kamalanathan ditanya sama ada tindakan telah diambil terhadap guru yang bertanggungjawab merotan pelajar itu.

"Saya tidak mendapat laporan akhir tetapi tidak sepatutnya berlaku. Bayaran PIBG tidak wajib. Terserah kepada ibu bapa, ia (yuran) akan membantu anak-anak mereka tetapi (guru tidak perlu melakukannya) sejauh ini," katanya.

Dilaporkan ibu pelajar yang dirotan itu merupakan ibu tunggal dan telah menerima permohonan maaf daripada pihak sekolah kerana kejadian itu.

Dia juga dikatakan diberitahu oleh pengetua sekolah berkenaan supaya tidak bercakap kepada media.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian di Melaka, Kamalanathan mengesahkan laporan polis telah dibuat.

Kes berkenaan membabitkan seorang guru besar sebuah sekolah vernakular yang dikatakan merotan pelajar berumur lapan tahun sehingga luka di belakang badannya.

"Jabatan pendidikan negeri juga menjalankan siasatan dalaman tetapi kami tidak dapat mendedahkan laporan sehingga siasatan polis selesai," katanya.

Akhbar The Star memetik seorang suri rumah berusia 38 tahun mendakwa anak perempuannya berdarah di belakang badan ketika pulang dari sekolah pada 22 Jun lalu.

Suri rumah itu berkata dia diberitahu bahawa anak perempuannya dirotan kerana gagal menyerahkan kerja rumahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS