Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam tahanan gesa Singapura henti hukuman mati
Diterbitkan:  Jul 7, 2017 6:12 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Peguam yang mewakili S Prabagaran, yang bakal dijatuhkan hukuman gantung Jumaat depan, merayu pihak berkuasa Singapura menghentikan pelaksanaan hukuman itu dan membolehkan mereka bertemu warga Malaysia itu.

N Surendran dan Latheefa Koya berkata hukuman gantung yang dijadualkan itu harus dihentikan kerana perbicaraan Prabagaran dicemari oleh pelanggaran hak untuk perbicaraan yang adil.

"Berita yang mengerikan disampaikan kepada ibu Prabagaran, Eswary Vengatasamy, melalui surat bertarikh semalam dari Perkhidmatan Penjara Singapura.

"Surat itu meminta beliau mengaturkan majlis pengebumian yang diperlukan," kata peguam.

Dilaporkan bahawa ibu Prabagaran, Eswary (gambar), memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Januari untuk memaksa kerajaan membawa perkara itu ke Mahkamah Kedilan Antarabangsa (ICJ).

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu atas alasan bahawa perkara ini melibatkan dasar luar dan oleh itu mahkamah tidak harus campur tangan.

Peguam berkata, rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi telah difailkan dan masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia.

Surendran dan Latheefa berkata kerajaan Singapura juga menyedari permohonan tertangguh ini sebelum Mahkamah Rayuan Malaysia merujuk Singapura ke ICJ kerana melanggar hak untuk perbicaraan yang adil.

"Jadi kenapa Singapura tergesa-gesa sebelum prosiding mahkamah di Malaysia selesai?"

"Untuk melaksanakan hukuman sedangkan prosiding belum selesai di Malaysia akan melanggar undang-undang antarabangsa dan akan mengabaikan hak perlembagaan Prabagaran," kata mereka.

Dilaporkan pada bulan April bahawa Surendran dan Latheefa tidak dibenarkan melihat Prabagaran.

Penafian untuk menemui banduan itu dinyatakan dalam surat dari Perkhidmatan Penjara Singapura.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS