Peka: Pembalak membalak sekeliling Pos Balar pula

       

Keputusan Mahkamah Majistret mungkin menghalang pembalak masuk ke kawasan Pos Balar tetapi sekarang mereka melakukan pembalakan di kawasan sekelilingnya, kata Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Shariffa Sabrina Syed Akil.

Katanya, isu pembalakan di Gua Musang tidak pernah teliti dan ia sekarang menjadi semakin buruk.

Pada bulan Januari, Mahkamah Majistret Gua Musang memutuskan bahawa sebuah syarikat pembalakan tidak dapat memasuki kawasan yang dipertikaikan di Pos Balar di mana sekatan telah didirikan kerana ia dimiliki masyarakat Orang Asli tempatan.

Syarikat itu mahu merobohkan satu sekatan yang didirikan oleh Orang Asli untuk menghalang aktiviti pembalakan.

Kegiatan pembalakan itu direstui kerajaan negeriKelantan yang bertegas bahawa ia merupakan sumber pendapatan yang penting.

Peguam Siti Kassim, yang mewakili masyarakat di Pos Balar, berkata aktiviti pembalakan kini sedang dipergiatkan di sekitar Pos Gob dan Kuala Wok.

Menurutnya, kawasan Pos Balar yang sedang dicabar (tetapi bukan) kawasan lain.

"Saya tidak pasti sama ada terdapat peguam (lain) yang (merancang) untuk mendapatkan injunksi bagi menghentikan semuanya," katanya.

Pembalakan umum berlaku di Pos Gob tetapi di Kuala Wok, ia dibersihkan untuk projek Ladang Rakyat.

Projek Ladang Rakyat adalah satu inisiatif kerajaan negeri untuk menukar tanah rizab hutan menjadi ladang komersil, yang diuruskan oleh syarikat swasta atau koperasi.

Walaupun kerajaan negeri tidak mengambil tanah di mana masyarakat Orang Asli tinggal, tapi ia tidak mengiktiraf tanah di mana mereka merayau, yang turut dikenali sebagai 'tanah rayau'.

'Tanah rayau' adalah penting kerana masyarakat Orang Asli bergantung kepadanya untuk mencari buah-buahan dan herba serta memburu.

Shariffa memberitahu Malaysiakini bahawa kehilangan tanah-tanah itu telah mengganggu kehidupan masyarakat tersebut dan menyeru anggota masyarakat memberikan sumbangan untuk menyokong mereka.

"Orang Asli mengadu bahawa sebahagian besar hutan mereka dirompak," katanya.

Beliau berkata sumbangan boleh dibuat melalui Peka atau terus kepada masyarakat Orang Asli di sana, yang terdiri daripada suku Temiar.

Kesan pemusnahan hutan adalah jelas - sungai di kawasan itu kini "seperti teh tarik pekat," penyakit merebak, dan hujan semakin kerap, dakwanya.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jkoak), Mustafa Awang memberitahu Malaysiakini bahawa masyarakat Orang Asli menganggap hutan dan sumbernya sebagai sinonim dengan agama mereka dan kemusnahannya melanggar hak perlembagaan mereka.

Mustafa, yang juga dari suku Temiar, menambah bahawa aktiviti pembalakan akan mengakibatkan kehilangan identiti dan budaya kaumnya.

Masyarakat Orang Asli di Gua Musang sejak tahun lepas telah mendirikan beberapa sekatan ekoran meningkatnya aktiviti pembalakan tetapi banyak daripadanya telah dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri.

[Baca berita penuh/asal]

 

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda