Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP tak takut pemillihan, BN tolak tuduhan sabotaj
Diterbitkan:  Jul 9, 2017 6:01 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Lim Kit Siang berkata parti itu tidak bimbang untuk mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) berikutan arahan terbaru daripada Jabatan Pendaftaran pertubuhan (ROS).

Bagaimanapun Lim mempersoalkan apa jaminan bahawa situasi yang sama tidak berulang di masa depan.

"DAP tidak takut mengadakan pemilihan CEC DAP, tetapi apakah ada (sesuatu dilakukan) untuk mengelak situasi tidak masuk akal yang sama berulang?" Soalnya.

Beliau berkata ROS masih boleh mencari kesalahan dalam pemilihan baru parti itu dengan mengisytiharnya sebagai tidak sah dan terbatal pada tahun 2020.

"Keadaan tidak masuk akal ini berlaku akibat konspirasi Umno BN untuk mensabotaj DAP dan menyebabkan gangguan besar dalam persiapan parti untuk pilihan raya umum ke-14.

"Ini semata-mata disebabkan Umno BN bimbang kemungkinan besar gabungan itu akan kehilangan kuasa dalam PRU akan datang," katanya.

Selanjutnya, beliau berkata, ROS masih belum mengeluarkan surat kepada DAP mengenai perkara itu walaupun sudah mengumumkannya kepada orang ramai melalui kenyataan akhbar.

"Saya tak percaya ada mana-mana kakitangan awam akan bertindak dengan cara ini jika tidak ada gangguan daripada tuan-tuan politiknya," katanya.

Keputusan ROS diumum selepas beberapa kenyataan media dikeluarkan setiausaha akhbar kepada perdana menteri, Tengku Sariffuddin Ahmad, yang menuduh pemimpin DAP menjadi diktator dan menipu pemilihan parti.

Dalam oerkembangan berkaitan, wakil pasukan strategik komunikasi BN, Eric See-To berkata tuduhan DAP bahawa mereka menjadi mangsa sabotaj BN adalah tidak benar.

Ini kerana ROS pada Oktober 2015 mengesahkan siasatan terhadap DAP masih berlangsung.

"Perkara ini direkodkan dalam hansard parlimen pada 2015, oleh itu DAP tiada hak untuk kata yang ROS lewat empat tahun untuk memberitahu mereka," katanya dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS