Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya China dalam mod pelaburan, kata Johari
Diterbitkan:  Jul 20, 2017 5:05 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Malaysia menerima pelaburan China kerana hanya negara ekonomi utama itu sedang berada dalam “mod pelaburan”, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

“Hari ini, negara mana lagi dalam dunia dalam sedang berada dalam mod pelaburan? Tidak ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap amaran Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak.

Tokoh korporat dan adik perdana menteri itu memberi amaran terhadap penyertaan China melalui inisiatif One Belt, One Road (Obor) yang baginya perlu diteliti kerajaan bagi memastikan manfaat buat negara.

Nazir mempersoalkan sama ada Putrajaya mempunyai hasil yang cukup untuk membiayai pinjaman daripada China untuk banyak projek-projek besar yang mungkin akan diambil alih kemudiannya oleh syarikat-syarikat daripada republik itu.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Johari berkata projek-projek berkaitan industri strategik itu mempunyai kepentingan kepada negara ini.

“(Projek-projek itu) perlukan banyak modal. Ia akan beri faedah pada kita, secara langsung atau tak langsung.

“Ia akan cipta peluang kerja, rangsang ekonomi pada masa sukar dan membawa masuk modal,” katanya.

Projek-projek mega seperti Laluan Keret Api Pantai Timur (ECRL) akan memberi manfaat melalui pinjaman daripada China dan dibina oleh kontraktor negara itu.

Syarikat harta tanah China juga kini terlibat aktif dalam industri pembangunan harta tanah, terutamanya di selatan Johor.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS