Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tahanan politik era Dr M, saya sendiri mangsanya'

Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menolak laporan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia menggunakan undang-undang keselamatan negara untuk menutup mulut pembangkang.

Timbalan perdana menteri berkata penahanan politik hanya berlangsung ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri melalui penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Ia tidak berterusan di era penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah serta di era Datuk Seri Najib Razak, kata Zahid.

“Yang ada penahanan politik ketika zaman Mahathir saja bila ISA dilaksanakan, termasuk dikenakan pada orang yang sedang bercakap ini (Zahid).

“Ia berlaku pada saya pada tahun 1998 OK.

“Sekarang ini zaman Pak Lah, zaman Datuk Seri Najib tak ada penangkapan dilakukan semata-mata kerana berbeza pegangan politik,” kata menteri dalam negeri.

Zahid ditahan ISA di Kota Kinabalu pada September 1998 susulan penglibatannya dengan gerakan reformasi yang digerakkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah jabatan siasatan jenayah polis ketika itu Datuk Yaacob Md Amin dilapor sebagai berkata Zahid turut “dikenal pasti sebagai orang suruhan Anwar untuk melakukan angkara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam”.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu memuat naik laporan bertaruk “Country Reports on Terrorism 2016 (Malaysia)”.

Laporan itu menyebut Malaysia menggunakan undang-undang keselamatan untuk menangkap, menahan, mengganggu dan menakut-nakutkan pengkritik dan pembangkang.

Laporan itu turut menyebut penahanan aktivis hak asasi manusia pada November 2016 bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di saat-saat akhir sebelum demonstrasi yang dirancang bermula.

Kedutaan AS juga mendakwa undang-undang sama turut digunakan untuk menangkis suara-suara yang lantang terhadap dakwaan salah guna wang syarikat pelaburan negara 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS