Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Pemimpin DAP sembunyi belakang orang yang penjarakannya’
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 3:45 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat membidas Pakatan Harapan dan para pemimpinnya pada ucapannya di hadapan pelabur tempatan dan asing pada persidangan tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL), hari ini.

Dengan gayanya yang tidak menyebut sebarang nama, beliau menjadikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan DAP sebagai sasaran.

Namun adalah jelas rujukan adalah terhadap Lim, yang menurut Najib bersembunyi di belakang bekas seterunya, Mahathir untuk menipu orang Melayu.

Beliau juga mengulangi bahawa DAP yang mempunyai bilangan kerusi parlimen paling banyak berbanding sekutunya, kekal sebagai kuasa dominan dalam HARAPAN.

"Sebenarnya, dalam demokrasi, jumlah bilangan tidak berbohong, dan DAP tetap, setakat ini, adalah parti paling dominan dalam pembangkang.

"Pemimpin DAP sejak separuh abad lalu kini bersembunyi di belakang pemimpin yang pernah memenjarakannya dan cuba menipu orang Melayu yang memikirkan bahawa bekas pemimpin itu adalah calon sementara mereka untuk perdana menteri,” katanya.

Menurut Najib, DAP kekal 'halimunan' dengan tidak memegang jawatan utama dalam gabungan pembangkang itu sedangkan mereka kekal berkuasa.

"DAP kekal 'halimunan'. (Ia) mengawal pakatan berkenaan di belakang tabir, dengan memegang majoriti kerusi Parlimen," katanya.

Lim adalah antara beberapa individu yang ditahan tanpa perbicaraan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak lagi berfungsi pada 1987 ketika Mahathir adalah perdana menteri.

Pemimpin Umno sering-kali menuduh DAP yang majoriti ahlinya berbangsa Cina menjadi ancaman kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam.

Pemimpin DAP menafikan dakwaan itu dan menuduh pesaing mereka dengan sengaja menyerang parti mereka.

Walau bagaimanapun, senario itu berubah dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Mahathir dan disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Umno.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS