Paling Popular
Terkini

Pakatan Harapan akan memperkenalkan dasar baru untuk mengehadkan kuasa perdana menteri, kata pengerusi gabungan pembangkang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri selama lima penggal, berkata HARAPAN sedang berusaha memperkenalkan antara lain, had tempoh jawatan itu.

Beliau berkata demikian pada majlis Dialog Tokoh Politik Bersama Cendiakawan Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Menurut Mahathir, manifesto HARAPAN akan termasuk janji untuk mengehadkan kuasa perdana menteri untuk memastikan pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

"Mungkin kita akan memgehadkan tempoh perdana menteri untuk dua penggal. Satu penggal (lima tahun) terlalu pendek untuk melakukan apa-apa, saya fikir dua penggal (sepuluh tahun) akan memadai.

"Tetapi kita memerlukan peruntukan undang-undang untuk itu, kita perlukan badan ketiga yang boleh mengambil tindakan terhadap perdana menterijika beliau bertindak di luar batasan kuasanya,” kata beliau.

Semasa tempoh 22 tahun Mahathir sebagai perdana menteri, iaitu dari 1981 hingga 2003, beliau sendiri, antara lain dituduh mengganggu-gugat badan kehakiman, mengamalkan kapitalisme kroni, memenjarakan pembangkang, menyekat kebebasan akhbar dan membazirkan dana awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS