mk-logo
Berita
Badan peguam Sabah, S'wak persoal lanjut tempoh hakim
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 6:51 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) dan Persatuan Peguam Sarawak (AAS) hari ini bersama-sama melahirkan kebimbangan mengenai tempoh lanjutan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Kedua-dua organisasi ini adalah menyamai Badan Peguam Malaysia yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Presiden SLS, Brenndon Keith Soh dan presiden AAS, Ranbir Singh Sangla berkata, mereka tidak meragui keupayaan Raus dan Zulkefli, tetapi mempersoalkan masa dan cara lanjutan khidmat mereka.

Mereka menyatakan bahawa Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan "seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

Perkara 122 (1A) pula menyatakan "Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya:

Justeru Soh dan Ranbir berkata mereka terkejut apabila Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Md Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan pada 7 Julai.

Md Raus akan memegang jawatan ketua hakim negara selama tiga tahun lagi sementara Zulkefli pula menjawat jawatan itu selama dua tahun lagi setelah mereka mencapai usia 66 tahun dan enam bulan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS