Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Lebuh raya di P Pinang paling mahal di M'sia
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 10:02 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

Pemuda MCA Pulau Pinang mendakwa kerajaan Pulau Pinang merancang untuk membina lebuh raya "paling mahal" di Malaysia iaitu Lebuhraya- Pan Island Link 1 di negeri itu, kata ketuanya, Michael Lee.

Katanya, exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini menyebut kos projek berkenaan membabitkan RM7.5 bilion bagi lebuh raya sepanjang 19.5km yang bermakna RM385 juta bagi setiap kilometer.

"Kos ini adalah 140 peratus lebih tinggi daripada Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dirancang di Selangor (RM161 juta/km), yang mana wakil rakyat DAP dakwa sebagai lebuh raya paling mahal di Malaysia tiga tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya kerajaan negeri telah berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mendapatkan alternatif yang lebih murah.

Lee berkata ini menyebabkan kos projek-projek infrastruktur utama Pakatan Harapan (HARAPAN) terutamanya di Pulau Pinang, lebih tinggi daripada projek-projek yang sama oleh kerajaan persekutuan.

Bersama LRT Bayan Lepas dan tiga jalan raya, lebuh raya yang dicadangkan ini merupakan salah satu projek Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PTMP) yang diluluskan oleh kerajaan negeri setakat ini.

PTMP, merupakan projek infrastruktur kedua terbesar di Malaysia selepas sistem Transit Aliran Massa (MRT),yang pada mulanya dianggarkan bernilai RM27 bilion.

Angka itu kemudiannya disemak semula kepada RM46 bilion selepas lebih banyak projek ditambah. Bagaimanapun, projek-projek ini perlu mendapat lampu hijau daripada kerajaan persekutuan. Untuk membiayai rancangan itu, tiga pulau tiruan akan dibina dan kemudian dijual kepada pemaju swasta.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengambil pinjaman RM1 bilion daripada Import Export Bank of China bagi perkhidmatan PTMP, tanpa membincangkannya terlebih dahulu di dewan undangan negeri.

Konsortium SRS iaitu usaha sama antara Gamuda (60 peratus kepentingan), Ideal Property Development Sdn Bhd (20 peratus saham) dan Loh Phoy Yen Sdn Bhd (20 peratus kepentingan), telah dilantik untuk menyempurnakan PTMP.

Lihat Komen
ADS