Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Perwakilan AS lulus sekatan baru terhadap Russia
Diterbitkan:  Jul 26, 2017 10:28 AM
Dikemaskini: 2:59 AM

GLOBAL Dewan Perwakilan AS mengundi pada hari Selasa untuk meluluskan sekatan baru terhadap Russia dan memaksa Presiden Donald Trump untuk mendapatkan kebenaran anggota dewan sebelum melonggarkan sebarang sekatan terhadap Moscow - dalam satu penolakan terhadap presiden Republikan itu yang jarang sekali berlaku.

Tidak jelas berapa cepat rang undang-undang itu akan dibawa ke Rumah Putih untuk Trump tandatanganinya atau veto. RUU itu masih perlu diluluskan oleh Senat, yang terperosok dalam perdebatan mengenai usaha merombak sistem penjagaan kesihatan AS.

RUU mengenai sekatan itu dibawa ketika penggubal undang-undang menyiasat kemungkinan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016 dan kemungkinan wujud pakatan dengan kempen Trump.

Moscow menafikan cuba mempengaruhi pilihan raya AS dengan menyokong Trump.

Rumah Putih berkata presiden belum memutuskan sama ada akan menandatangani sekatan itu. Menolak RUU - yang berpotensi menjejaskan harapannya untuk memperbaiki hubungan dengan Moscow - akan berdepan risiko veto beliau boleh ditolak oleh penggubal undang-undang.

"Walaupun presiden menyokong sekatan yang tegas terhadap Korea Utara, Iran dan Russia, namun Rumah Putih sedang mengkaji RUU Dewan dan menunggu pakej perundangan terakhir sampai ke meja presiden," kata jurucakapnya, Sarah Sanders.

Ahli-ahli Dewan menyokong RUU itu, yang juga mengenakan sekatan terhadap Iran dan Korea Utara, dengan margin hampir 419-3, dengan sokongan kuat daripada rakan-rakan parti Republikan Trump serta Demokrat, walaupun bantahan dari Trump, yang mahu lebih banyak kawalan terhadap keupayaan untuk mengenakan sekatan.

Senat yang dikuasai Parti Republik meluluskan versi terdahulu RUU dengan hampir sokongan sebulat suara. Dewan menambah sekatan terhadap Korea Utara selepas kecewa dengan kegagalan Senat untuk membawanya untuk diluluskan pada bulan Mei.

Wakil Ed Royce, pengerusi Parti Republikan dalam Jawatankuasa Luar Negeri, berkata ketiga-tiga negara itu "mengancam kepentingan AS dan menjejaskan kestabilan jiran-jirannya. Ia masanya untuk kita bertindak tegas."

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS