Paling Popular
Terkini

PARLIMEN | Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berada dalam dilema - di antara kehendak penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas seteru suaminya itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai isu itu Dr Wan Azizah sebaliknya memberikan jawatan selamat.

"Biar kita menang pilihanraya dulu," katanya kepada media di parlimen hari ini.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu ditanya mengenai pendiriannya mengenai tuntutan aktivis reformasi yang tidak bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir dalam HARAPAN.

Mereka menuntut supaya kepimpinan Dr Mahathir ditolak di peringkat HARAPAN, malah kerajaan sekiranya gabungan pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya.

Mereka juga mahu HARAPAN memasukan ikrar penubuhkan suruhanjaya keamanan dan keadilan bagi mengadiri segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain itu, kumpulan Otasi Reformis itu juga mengambil keputusan supaya mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam HARAPAN melepaskan jawatan yang disandang.

Hormati Otai Reformasi

Kata Dr Wan Azizah apa yang paling penting diberi perhatian buat masa ini ialah mengenai skandal 1MDB.

"Mengapa kerajaan mesti memberi fokus kepada skandal urus niaga mata wang asing (pada zaman Dr Mahathir) tetapi bukan 1MDB sebelas begitu lama berlaku?" katanya.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berkata, apa yang dilakukan HARAPAN ketika ini ialah apa yang diperlukan oleh negara dalam keadaan sekarang.

"Saya fikir OK jika anda mahukan suatu siasatan bebas (terhadap Dr Mahathir), tetapi buat masa ini kami empat parti (dalam HARAPAN) bersetuju beliau menjadi pengerusi.

"Seseorang boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan kita teruskan bergerak ke depan," katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa masa lalu Malaysia dipenuhi dengan "penipuan dan perpecahan dalam sistem demokratik yang dicacatkan".

Oleh itu, anggota parlimen Lembah Pantai itu percaya, penting bagi semua pihak memahami bahawa proses penyembuhannya memerlukan masa yang panjang.

"Kami menghormati pandangan Otai Reformasi dan menghargai sokongan mereka kepada agenda reformasi yang turut mahukan pembebasan segera Anwar.

"Merangkumkan pelbagai pandangan berbeza adalah sebahagian daripada cara demokrasi diraikan," katanya kepada Malaysiakini.

Gerakan reformasi muncul sejurus selepas Anwar dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada September 1998.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS