Pandikar: Parlimen tempat terbaik bahaskan 1MDB, tapi ...

       

Tiga hari selepas Dewan Rakyat dituduh bersekongkol dengan kerajaan dalam usaha menutup skandal1MDB, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini bersetuju dengan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo bahawa ia tempat terbaik untuk membincangkan kemelut firma pelaburan negara itu.

Pada sidang akhbar di bilik media Parlimen, Pandikar bagaimanapun berkata ada peraturan tertentu yang mesti diikuti.

“Puchong (Gobind) bilang tempat terbaik membahaskan 1MDB adalah di Parlimen.

“Ya, saya bersetuju dengannya, tetapi ini tertakluk kepada peraturan dan prosedur!

“Kalau soalan bangkitkan tohmahan, sangkaan, sakitkan hati, reka-reka, sudah tentu saya akan menolaknya,” kata speaker itu.

Pembangkang pada hari Isnin meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Dewan Rakyat setelah lebih daripada 30 soalan berkaitan dengan 1MDB ditolak.

Walau bagaimanapun, Pandikar menegaskan bahawa 19 soalan mengenai 1MDB telah diluluskan dan dimasukkan dalam prosiding Dewan.

Katanya, sebarang keputusan memberi kebenaran atau menolak soalan, adalah bersandarkan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibuat Dewan Rakyat mengikut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Lebih 1,000 soalan diterima pada sidang kali ini. Daripada jumlah itu, ada soalan yang ditolak tetapi penolakan itu masing-masing ada justifikasinya.

"Bukan semua soalan berkaitan 1MDB kita tolak. Ada yang dibenarkan untuk dijawab iaitu kira-kira 19 soalan dan empat daripada tersenarai dalam aturan mesyuarat pada hari pertama (Isnin lalu) sidang Dewan Rakyat. Bagaimanapun, kenapa tidak bangkitkan perkara ini.

"Alasan mereka (ahli parlimen pembangkang) cuma mahu mempolitikkan isu ini. Jangan tuduh saya dan Parlimen tidak jalankan kerja dengan profesional, " katanya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda