Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Peneroka Gatco jerit 'polis zalim' depan Bukit Aman
Diterbitkan:  Jul 27, 2017 4:41 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Kira-kira 70 orang peneroka Kampung Gatco, Negeri Sembilan, mendesak Bukit Aman campur tangan bagi memberhentikan dakwaan salah guna kuasa oleh polis negeri, dalam pertikaian berkaitan pemilikan tanah estet itu.

Mereka juga menuntut pembentukan pasukan khas Bukit Aman untuk menyiasat dakwaan itu, seperti termaktub dalam memorandum yang diserahkan oleh anggota jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan hari ini.

Kumpulan yang ramai berbaju kuning itu berkumpul kira-kira jam 10.30 pagi di luar ibu pejabat polis sambil membawa plakad dan melaungkan "tanah Gatco tanah kami!" dan "polis zalim”.

Kira-kira 15 orang pegawai polis berkawal di situ.

Arutchelvan menuntut beberapa orang dibenarkan masuk berbincang di dalam Bukit Aman tetapi tidak dibenarkan.

Bercakap kepada pemberita, Arutchelvan berkata tuntutan pada Bukit Aman itu dibuat selepas balai polis Jempol didakwa memberitahu peneroka bahawa tindakan terhadap mereka dibuat atas arahan ibu pejabat kontinjen polis Negeri Sembilan.

“Tugas polis dalam isu ini adalah untuk menjaga keselamatan bukan memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Beliau merujuk kepada kerajaan Negeri Sembilan dan pemaju Thamarai Holdings Sdn Bhd yang membeli tanah Kampung Gatco selepas pemilik pajakan Alonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) muflis.

Seramai 28 peneroka ditangkap pada 18 Julai lalu dan 30 lagi pada 24 Julai.

Dalam kedua-dua insiden itu, polis Jempol telah menahan penduduk kampung yang cuba menghalang lori daripada mengangkut kayu mengangkut balak keluar daripada Kampung Gatco.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS