Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.
"Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian
kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah," kata kenyataan itu.
Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai 'Burkan-
1', yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.
Wisma Putra berkata Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.
Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada hari Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik
Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di
Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.
- Bernama
