Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSIH: Jamal dah mengaku, kenapa SPR diam?
Diterbitkan:  Jul 31, 2017 5:14 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH sekali lagi menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan tiada manipulasi dan penipuan daftar pemilih.

Gesaan itu dibuat susulan laporan menyebut ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos mengaku bahawa masuk 7,000 pengundi luar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

BERSIH membangkitkan peruntukan dalam Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bahawa pemilih hanya boleh mengundi di kawasan mereka menginap.

“Perkara 113(1) lebih lanjut lagi memberikan tanggungjawab menyediakan dan menyemak daftar pemilih untuk setiap kawasan kepada SPR,” menurut BERSIH.

The Malaysian Insight semalam melaporkan Jamal berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda Umno Subang di sebuah sekolah di Sungai Buloh malam kelmarin.

Pemimpin Baju Merah itu dilapor mengaku sudah bertemu dengan semua kesemua pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian mengundi yang dijangka berlangsung lebih kurang dua bulan lagi.

"Apa yang Sungai Besar lakukan tak mustahil (menjumpai) 7,000 pengundi (baru, untuk) didaftar dan dipindahkan ke Sekinchan.

"Sekurang- kurangnya dalam 7,000 ini paling kurang 85 peratus daripada mereka akan mengundi BN," beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam kenyataan hari ini, BERSIH menyelar SPR kerana berdiam diri susulan perkembangan itu.

“Sekarang ahli politik boleh secara terbuka mengaku menipu untuk memang pilihan raya dan tiada respon daripada SPR.

“Mengambil kira keseriusan dan skala penipuan, SPR mesti ambil tindakamn proaktif untuk menyiasat pergerakan pengundi yang meragukan, seperti diperuntukkan dalam Seksyen 13(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS