Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

Ibarat kata pepatah Melayu, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.

Itulah nasih yang dialami oleh lebih seribu penduduk Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang (PPR Lembah Subang 1) di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Kelmarin, dua orang anak seorang penduduk di sana, K Bawani tidak ke sekolah.

Suri rumah berusia 37 tahun itu berkata, anak-anak tidak sakit tetapi cuma "malas" untuk berjalan turun daripada rumah kos rendah dua bilik mereka di tingkat sembilan.

Ini kerana, satu-satunya daripada tiga lif yang masih berfungsi bagi penduduk di Blok H di bangunan 17 tingkat itu, juga kini rosak. Kerosakan itu adalah untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.

"Beg mereka berat, jadi mereka malas ... Tetapi jika saya tahu, mereka ponteng, saya akan rotan mereka,” kata Bawani kepada Malaysiakini, sambil mencuri nafas sebelum menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya.

Tong gas yang dibelinya juga terpaksa diangkut naik kerana pekerja tidak mahu membawanya ke atas.

"Setiap minggu ini (lif rosak) berlaku.

“Semalam, satu hari tiada air, semua susah. Bawa naik tong gas susah, bawa air susah,” keluh Bawani, yang telah menetap di bangunan itu sejak 2011.

Sebahagian besar penduduk yang menetap di bangunan berusia lebih 10 tahun yang dibina oleh kementerian kesejahteraan bandar, perumahaan dan kerajaan tempatan berasal dari penempatan setinggan sekitar Parlimen Subang.

Mereka dipindahkan ke bangunan itu dengan tawaran sewaan RM124 bagi satu unit kediaman.

Namun masalah mereka tercetus apabila pada 2008, Pakatan Rakyat merampas negeri Selangor buat kali pertama. Susulan itu, kementerian pada tahun 2012, menyerahkan pengurusan PPR kepada kerajaan negeri.

Tetapi pada bulan Ogos tahun lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan sekali lagi akan mengambil alih beberapa projek perumahan dari kerajaan negeri.

Alasan yang diberikan adalah kerana terdapat aduan salah urus dan kekurangan penyelenggaraan.

Noh pada masa itu berkata bahawa PPR Lembah Subang 1 akan menjadi projek perintis yang akan diambil alih.
Menurut beberapa ahli persatuan penduduk yang ditemui Malaysiakini, ketika ini "kekeliruan" masih berlarutan berhubung siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap unit-unit PPR.

Aziz Hashim, ketua persatuan penduduk untuk blok A, B dan C, berkata kekeliruan itu menimbulkan ketidakpastian. Sebagai contoh, katanya siapa sebenarnya berhak mengutip sewa dan dan menyelenggara bangunan, khususnya lif yang kerap memberi masalah.

Beliau mengakui bahawa Noh ada melawat projek perumahan berkenaan tahun lalu tetapi mendakwa bahawa setakat ini belum ada perjanjian rasmi yang menyatakan bahawa pengurusannya telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan.

"Sekiranya terdapat surat rasmi hitam dan putih, maka penduduk akan mematuhinya," katanya.

Aziz berkata sesetengah penduduk yang keliru kemudiannya tidak mempunyai pilihan selain membayar sewa sebanyak dua kali iaitu kepada kementerian dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS