Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda MIC jarakkan diri dari bidasan ahli ke atas Zahid
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 2:59 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Pemuda MIC menjarakkan diri daripada kenyataan ketua biro pendidikan tinggi pergerakan itu yang menyelar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendedahkan maklumat kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Berita Daily, Ganesan Seerangam melabelkan tindakan itu sebagai bukti bahawa pemimpin kanan Umno berkenaan kelihatan tidak berbeza daripada golongan rasis lain.

“Dia lari fikirannya, kata-kata, rasa hormat dan terburuk sekali, reputasinya di depan semua rakyat Malaysia.

“Dia kelihatan tidak berbeza daripada golongan rasis lain. Perbuatan yang paling memalukan.

“Generasi muda tidak sabar-sabar untuk melihat politik matang yang baru,” katanya dalam catatan di Facebook.

Malah, Ganesan turut mempertahankan pandangannya itu dengan berkata, adalah hak beliau menyatakan pendirian walaupun Zahid adalah salah seorang pemimpin tertinggi BN.

“Beliau seorang insan biasa dan berkhidmat sebagai TPM. Bukan Tuhan,” kata Ganesan ketika menjawab komen di Facebook.

Dihubungi kemudiannya, Ketua Pemuda MIC R Sivaraajh berkata komen Ganesan tidak mencerminkan pendirian pergerakan pemuda parti itu.

"Itu pandangan peribadi beliau, dia tidak mewakili pandangan sayap Pemuda, jadi saya akan memanggilnya dan mencari penjelasannya tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini melalui WhatsApp.

Ahad lalu, Zahid mengungkit sejarah Dr Mahathir yang didakwanya berketurunan India dan menuduh bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS