Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesej Zahid disensasikan, kata pegawainya
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 3:40 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Setiausaha akhbar timbalan perdana menteri Datuk Dr Ibrahim Yahaya mendakwa mesej utama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak disampaikan dengan baik, malah disensasikan.

Katanya, Ahmad Zahid sebenarnya mahu Umno tidak diperalatkan demi kepentingan peribadi.

"Zahid kata (Tun Dr) Mahathir guna Umno untuk kepentingan diri dan keluarga beliau dan setelah dapat digunakan, beliau keluar Umno dan jadi pembangkang, malah, beliau bersekongkol dengan DAP iaitu musuh ketatnya selama ini.

"Namun, belaiau tidak hairan sikap Mahathir sebegitu kerana PM yang memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi keluarganya dari Kerala, India, itu saja.

"Tetapi apa yang terjadi ialah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan tidak tentu arah dalam media sosial terutama penyokong kuat Mahathir atau mereka yang ingin mengambil kesempatan," Ibrahim  (foto - atas, kiri) dipetik sebagai berkata dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya kelmarin mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

Bukan hina mamak

Sementara itu, Ibrahim berkata, sesetengah pihak menggunakan isu itu dan mendakwa Ahmad Zahid menghina mamak.

"Mereka silap kerana yang ditegur hanyalah hubungan kenyataan Mahathir terhadap Melayu serta sikapnya sekarang pada Umno.

"Apa yang Ahmad Zahid cuba tonjolkan ialah ibarat 'habis madu sepah dibuang' yang ditonjolkan Mahathir bukanlah sifat orang Melayu dan sebab mengapa beliau berbuat demikian adalah kerana dia bukan Melayu sejati," katanya.

Sementara itu, beliau juga mendakwa “politik kebencian” yang ditanamk pembangkang sejak tahun 2000 semakin subur dan mampu menghancurkan negara ini.

"Pembangkang menggunakan tagline menghentam BN untuk menarik rakyat membenci dan menolak BN, tidak hairan juga apabila mereka memperbesarkan sesuatu rasuah jika berkaitan dengan orang BN/Umno.

"Bagaimanapun, jika orang pembangkang yang didakwa di mahkamah, istilah yang selalu digunakan ialah kezaliman atau menghalang proses pembongkaran penyelewengan, inilah yang dilakukan mereka untuk meraih simpati rakyat," tambahnya.

Lihat Komen
ADS