Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM akan dapatkan penjelasan kedutaan Perancis status Razak Baginda
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 9:37 AM
Dikemaskini: 2:28 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan penjelasan daripada kedutaan Perancis berhubung status penganalisis politik Abdul Razak Baginda berkaitan kes Scorpene, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli berkata demikian dalam program Soal Jawab di TV3 malam tadi dalam respons terhadap laporan bahawa Abdul Razak, rakan kepada sekutu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah didakwa di Perancis dengan dakwaan rasuah dalam kes Scorpene.

"Saya nak jelaskan kita harus faham, sistem perundangan di Perancis adalah berbeza dengan sistem perundangan di Malaysia.

"Saya telah arah pegawai saya untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari kedutaan (Perancis) mengenai status kes itu, sama ada ia di peringkat siasatan atau pendakwaan.

"Sekiranya dibuat pendakwaan, seseorang itu perlu ditangkap, dihadap ke mahkamah dan diberi jaminan," katanya sambil menambah bahawa perkara itu nampaknya tidak berlaku.

AFP pada hari Selasa melaporkan bahawa Abdul Razak telah didakwa di Perancis.

Bagaimanapun, pejabat Abdul Razak dalam satu kenyataan itu mempertikaikannya, dengan menyatakan bahawa ia masih di peringkat siasatan.

Bagi kes-kes yang rumit, sistem perundangan Perancis mempunya dua tahap di mana seorang hakim boleh menjalankan siasatan.

Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, kes itu akan dibicarakan tetapi didengar hakim yang berbeza.

Dzulkifli berkata jika terdapat sumber yang sah mengenai kes itu, SPRM mungkin menghantar pegawainya ke Perancis untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai kes itu.

Siasatan Perancis terhadap kes Scorpene bermula pada 2010 selepas kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Malaysia, Suaram, membuat aduan.

Kes ini membabitkan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia pada harga satu bilion euro dari syarikat Direction des Constructions Navales (DCN) Perancis, yang didakwa melibatkan sogokan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS