Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah mempertahankan pelantikan kontraktor yang dipilih oleh Menteri Kewangan untuk membina Hospital Bera yang masih belum siap.

Irwan berkata apabila kontrak itu dianugerahkan, jawatankuasa perolehan Kementerian Kewangan mendapati Maju Jaya Prasarana Sdn Bhd (MJPSB) layak untuk menjalankan kerja itu, walaupun Jabatan Kerja Raya (JKR) berpendapat sebaliknya.

"Apa pun kata JKR... keputusan muktamad adalah oleh jawatankuasa (perolehan).

"Kami melihat, secara teknikal ... syarikat itu layak dan kos (mereka cadangkan) juga memenuhi anggaran kos," katanya dalam pertemuan town hall mengenai laporan audit 2016 di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan kontrak adalah perkara berbeza, yang memerlukan kajian berterusan oleh kerajaan.

Hospital Bera - yang sepatutnya dibuka pada Januari 2015 - kini hanya 57 peratus siap pada Disember lalu, dengan kelewatan mengakibatkan kontrak MJPSB ditamatkan.

Ini berlaku walaupun tiga amaran diberikan JKR dan MJPSB dan enam calon lain yang tidak layak telah berkali-kali mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya tender terbuka dijalankan.

Menurut Laporan Audit 2016, menteri kewangan pada 10 Januari 2012 telah bersetuju MJPSB diberikan kontrak melalui rundingan terus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS