Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP persoal pengiraan skim SIP, tawar alternatif
Diterbitkan:  Aug 3, 2017 5:36 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Anggota parlimen PKR, Wong Chen menggesa kerajaan mendedahkan semua pengiraan berkaitan caruman dan pembayaran di bawah Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dicadangkan.

Anggota Parlimen Kelana Jaya itu berkata walaupun beliau menyokong hasrat rang undang-undang itu untuk memperkenalkan faedah pengangguran, pengiraannya sendiri mendapati "perbezaan" antara caruman yang dicadangkan bagi skim itu dan pembayaran yang bakal diterima.

"Kita tidak boleh secara membuta tuli meluluskan rang undang-undang ini tanpa pendedahan kewangan penuh kerana penyumbang utama adalah pekerja dan majikan," tegasnya sambil menegaskan bahawa rang undang-undang itu mungkin dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan minggu depan.

"Rang undang-undang itu memerlukan RM2 bilion dalam caruman tahunan tetapi membuat bayaran kira-kira RM300 juta.

"Ini adalah pembezaan sebanyak 6.7 kali ganda sumbangan dengan pembayaran," jelasnya.

Terdapat tiga skala caruman yang disenaraikan dalam rang undang-undang itu dan Wong berkata beliau memilih kadar sederhana untuk menjelaskan hujahnya.

"Dengan menganggarkan purata pendapatan pekerja ialah RM2,000 sebulan, potongan bulanan ialah RM24.60 sebulan," katanya, sambil menambah jumlah RM2 bilion dikira daripada sumbangan tahunan sebanyak 6.8 juta pekerja yang akan dilindungi di bawah skim seperti yang dianggarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia.

Bagi pembayaran yang dijangka RM300 juta, Wong berkata jumlah itu dikira daripada anggaran 50,000 pekerja yang diberhentikan, berdasarkan anggaran daripada 44,000 pekerja yang diberhentikan pada tahun 2015.

Rang Undang-undang itu, antara lain, bertujuan menyediakan faedah pengangguran selama tiga hingga enam bulan.

Menurut Wong, pengiraannya sendiri menunjukkan kerajaan memaksa rata-rata pekerja dan majikan menyumbang lebih daripada dua kali daripada apa yang diperlukan untuk memenuhi pembayaran yang diharapkan.

Beliau seterusnya mencadangkan bayaran tahunan sebanyak RM900 juta atau tiga kali ganda adalah "lebih adil dan lebih sesuai" untuk kedua-dua pihak.

Wong berkata, majikan dan pekerja kini terpaksa menyumbang lebihan dana sebanyak RM1.1 bilion.

"Apa yang kerajaan mahu lakukan dengan lebihan tahunan sebanyak RM1.1 bilion setahun?" Katanya menimbulkan persoalan sama ada kerajaan berhasrat untuk menggunakan sistem baru itu bagi meningkatkan kewangannya di tengah-tengah masalah aliran tunai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS