Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes 'anak luar nikah': Kerajaan gagal dapat perintah penangguhan

Pihak kerajaan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua pengarahnya gagal untuk mendapatkan perintah penangguhan berkenaan keputusan penting Mahkamah Rayuan mengenai kes 'anak luar nikah'.

Tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang hari ini diketuai oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat enggan membenarkan permohonan pihak kerajaan untuk menangguhkan perintah tersebut.

Hakim-hakim lain yang bersidang ialah Hakim Zaharah Yusoff dan Hakim Abdul Rahman Sebli.

Hakim Abdul Rahman Sebli menulis penghakiman sebulat suara Mahkamah Rayuan sebanyak 28 halaman yang memutuskan bahawa seorang anak yang dilahirkan di luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapa, dan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Pada tahun 2003, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa seorang anak yang dikandung di luar nikah ("Anak Tak Sah Taraf") tidak boleh membawa nama ("tidak boleh dinasabkan") orang yang mengaku sebagai bapa kanak-kanak itu, jika dia dilahirkan kurang daripada enam bulan perkahwinan.

Walaupun dinafikan perintah penangguhan, para peguam yang mewakili pihak keluarga 'kanak-kanak luar nikah' itu memberitahu Malaysiakini bahawa mereka bersetuju untuk tidak menguatkuasakan keputusan Mahkamah Rayuan sehinggalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan pihak kerajaan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa umat Islam supaya bersatu bagi menghadapi mana-mana pihak yang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan.

Zahid juga bersetuju dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS