mk-logo
Berita
Apakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tak penting, soal Lim
Diterbitkan:  Aug 6, 2017 8:01 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Pelantikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai hakim tambahan dipersoal lagi dengan pendedahan bahawa langkah itu tidak mendapat syor Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

Pemimpin DAP Lim Kit Siang merujuk kepada jawapan bekas ketua hakim negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa syor SPK tidak perlu bagi pelantikan itu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan peguam negara (Tan Sri) Mohamad Apandi Ali harus menjelaskan sama ada mereka mengesahkan sepenuhnya pendapat Zaki yang SPK ialah sebuah badan yang benar-benar tidak relevan dan tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan.

Katanya, Zaki telah menambahkan "gelap" kepada pelantikan itu yang tidak mengikut perlembagaan terutamanya apabila menjejaskan peluang kenaikan pangkat sekurang-kurangnya kepada lapan hakim mahkamah persekutuan termasuk tiga wanita.

Malah lebih penting, katanya, pelantikan itu menafikan peluang Tan Sri Richard Malanjum menjadi ketua hakim pertama yang dilantik daripada hakim besar Sabah dan Sarawak.

Zaki dalam satu ulasan dalam New Straits Times semalam berkata SPK ialah satu "badan berperlembagaan tambahan".

"Ia tidak boleh ganti atau menggantikan prosedur dan keperluan perlembagaan tertinggi.

"Perlembagaan tertinggi dalam Perkara 122B(1) pelantikan hakim-hakim tidak memerlukan perdana menteri melaksanakan syor SPK. Prosedur SPK bukan mandatori, tetapi hanya direktori," katanya.

[Baca berita penuh]

.

Lihat Komen
ADS