Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Jelaskan penarikan balik RUU tukar agama satu pihak’
Diterbitkan:  Aug 7, 2017 4:04 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Ahli Parlimen pembangkang mahu pemimpin parti komponen BN menjelaskan sama ada penarikan balik pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016 dipersetujui dan diluluskan dalam mesyuarat kabinet.

Menurut Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching, sebelum ini sebuah jawatankuasa kabinet tidak rasmi ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung rebutan anak antara antara ibu bapa yang beragama Islam dengan dan bukan Islam.

Mereka yang dinamakan sebagai ahli panel itu adalah presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional Tan Sri Joseph Kurup, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Januari lalu, Teo memetik Subramaniam sebagai berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan meminda undang-undang untuk menghalang kanak-kanak daripada ditukar agama tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa.

"Jadi apa yang menyebabkan pindaan rang undang-undang itu ditarik balik sekarang?

"Liow, Kurup, Subramaniam, (Presiden Gerakan) Datuk Mah Siew Keong dan pemimpin parti komponen BN yang lain harus menjelaskan sama ada penarikan balik itu dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet?

“Dan sekiranya ia, kenapa mereka bersetuju? " soalnya dalam satu kenyataan media.

Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa rang undang-undang untuk mencegah penukaran agama kanak-kanak oleh satu pihak telah ditarik balik.

Dalam satu kenyataan, Azalina berkata cadangan memperkenalkan Seksyen 88A akan dibatalkan daripada rang undang-undang itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS