Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kenyataan peguam iring saksi boleh dirakam - Mahkamah Persekutuan

Peguam yang mengiringi saksi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh diberi notis dan dirakamkan kenyataan mereka oleh pihak berkuasa, putus Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam keputusan sebulat suara oleh lima panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop, mahkamah tertinggi itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin, yang menulis keputusan itu berkata, dalam proses siasatan jenayah, seseorang tidak boleh memohon untuk semakan kehakiman.

"(Dengan membenarkannya), ia akan mendedahkan siasatan jenayah untuk semakan kehakiman dan ini bukan niat Parlimen," katanya.

"Justeru, kami membenarkan permohonan perayu (SPRM, kerajaan, dan penolong penguasa SPRM Suziana Ali)," katanya.

Hakim Ahmad tidak memberi sebarang perintah mengenai kos, walau pun peguam kanan persekutuan Suzana Atan yang mewakili SPRM dan kerajaan memohon kos sebanyak RM30,000.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Balia Yusof Wahi.

Peguam M Puravalen dan Shahid Adli mewakili Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.

Adalah dilaporkan bahawa Latheefa dan Murnie yang mewakili perunding National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan SPRM, kerajaan, serta Suziana yang mengeluarkan notis itu sebagai responden.

Mereka berkata notis bertarikh 19 Mac 2012 itu, menghendaki mereka hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 23 Mac untuk membantu siasatan membabitkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS