Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN l Kenyataan Nga Kor Ming (DAP - Taiping) yang menyentuh mengenai persepsi amalan rasuah negara semakin buruk mencetuskan pertikaman lidah yang hangat di kalangan ahi parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam satu soalan tambahan kepada perdana menteri, Nga berkata kedudukan Malaysia dalam Indeks Kompetitif Global semakin buruk akibat gejala rasuah.

Beliau juga memetik Indeks Persepsi Rasuah yang menyaksikan kedudukan Malaysia terus merudum awal tahun ini dan memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki yang menyatakan bahawa gelaja rasuah semakin berleluasa hari ini berbanding 10 tahun lalu.

“Adakah kerajaan bak kata memimpin melalui teladan? Adakah kabinet sanggup isytihar harta?

“SPRM sebuah suruhanjaya yang betul-betul bebas dan bukan tertakluk kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya sebelum dicelah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud).

Beliau mengakui bahawa persepsi rasuah Malaysia semakin buruk.

“Kalau kata persepsi corruption betul sebab Ketaua Menteri Pulau Pinang dituduh dan ini sebagai persepsi.

“Adakah rasuah meningkat sebab Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh di mahkamah?

“Kalau nak bantu kerajaan turunkan indeks, mintak YAB (Lim Guan Eng) letak jawatan,” kata Abdul Rahman.

Nga kemudian membalas “Macam mana dengan MO1?”

Kenyataannya mencetuskan pertikaman lidah yang hangat daripada kedua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Datuk Othman Abdul (BN-Pendang): Bodoh! MO1 belum dituduh.

Nga: Aset berbilion disita di Amerika Syarikat, kerajaan tidur ke?

Menteri jawab lain, dia undang kekecohan.

Rahman: Saya jawab secara berfakta. Fakta satu, ketua setiausaha agung parti didakwa bawah corruption.

Kita jawab dengan fakta YB.

Dari segi aset dah banyak kali declare. Deklarasi aset di Selangor, Pulau Pinang, dengar cantik tapi sebenarnya tak bermakna.

Kita buat deklarasi kepada PM, kita buat keputusan deklarasi aset diberi kpd SPRM.

Kalau pemimpin rasuah di Pualau Pinang, boleh letak aset bawah isteri, kroni.

Jangan ambil kesmpatan, hanya kerana deklarasi awam lebih baik.

Tahun lalu, Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib tetapi berhujah bahawa memandangkan perdana menteri tidak disebut dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ), maka dirinya tidak disiasat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS