Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Kes lelaki yang didakwa merogol, meliwat dan menganiaya anaknya secara seksual lebih 600 kali ternyata meruntun emosi pelbagai pihak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sekali pun hukuman maksimum dikenakan terhadapnya jika disabitkan bersalah, ia tetap tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.

Bagaimanapun, menurut Rohani, mahkamah serta hakim yang adil lebih mengetahui berkaitan hal ehwal hukuman.

"Hukuman maksimum 30 tahun. Dan kalau hukuman maksimum, kalau ikut sebatan ialah dalam, 10, 20 (sebatan).

"Hakim yang sangat adil akan bagi (hukuman) semaksimum, tapi saya rasa itu pun tak setimpal dengan apa yang dia dah buat.

"Entahlah itu sahajalah. Saya tak boleh nak komen banyak," kata Rohani kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun Majalah Wanita ke-48 di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kes seorang bapa meliwat anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.

Selain itu, Rohani turut berharap agar kes seperti itu akan menjadi yang terakhir di negara ini.

Malah, beliau menasihati agar kes berkenaan menjadi iktibar kepada individu yang bergelar bapa.

"Saya berharap ini (kes) yang satu-satunya dan tak ada lagi yang beratus kali macam ini. Saya sampai... saya macam (tertanya) betul ke tak (kes ini).

"Saya mula dengar berita ini, saya tak sangka, ada ke manusia macam ini? Ada ke? Sebab itu kami buat segala undang-undang untuk perkara macam ini.

"Saya sendiri tak percaya. Saya terfikir apa nak jadi. Ini bapak. Saya harap kes ini dijadikan iktibar. Masing-masing boleh muhasabah tentang apa kesan berita (kes) ini pada kita semua," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS