Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Asingkan gelas murid Islam, bukan Islam diselar
Diterbitkan:  Aug 11, 2017 5:59 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Pemuda MIC menyelar tindakan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat, Selangor, kerana mengasingkan gelas murid Islam dan bukan Islam, yang menjadi tular di media sosial.

“Kita tidak pernah berdepan dengan isu begini.

"Tetapi akhir-akhir ini, sekolah-sekolah telah menggubal dasar yang akan merenggangkan pelajar-pelajar,” kata ketuanya C Sivarraajh.

“Keadaan ini hanya mewujudkan pembahagian di kalangan rakyat Malaysia atas nama amalan agama.

“Menyedihkan apabila melihat nilai keharmonian dan perpaduan kita makin luntur.”

Dalam kenyataan hari ini, Sivarraajh berkata terdapat beberapa batasan dalam melaksanakan keperluan halal, tetapi mengasingkan gelas pelajar tidak patut dilakukan.

Beberapa media melaporkan aduan ibu bapa dan pengguna maya yang tidak setuju dengan langkah mengasingkan bekas minuman itu dengan label “murid Islam” dan “murid bukan Islam”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS