Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM akan rekod kenyataan Guan Eng, Norlela
Diterbitkan:  Aug 14, 2017 11:01 AM
Dikemaskini: 3:05 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin berhubung kenyataan mereka mengenai sebuah kilang haram yang beroperasi di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Datuk Azam Baki berkata kenyataan kedua-duanya akan direkodkan pada masa yang sesuai.

"Ini adalah prosedur biasa untuk memanggil mereka kerana mereka telah membincangkan perkara itu secara terbuka.

"Kenyataan mereka diperlukan untuk menyelesaikan siasatan," kata Azam yang dipetik oleh The Star hari ini.

SPRM pada Jumaat lepas menyerbu pejabat exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Komtar dan rumahnya, pada hari yang sama beliau ditangkap selepas memberi keterangan kepada suruhanjaya itu.

Phee kemudian ditahan selama lima hari untuk siasatan.

Beliau disiasat kerana didakwa mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tidak mengambil tindakan terhadap kilang haram di Bukit Mertajam yang telah beroperasi selama 10 tahun.

Sambil mempertahankan Phee, Lim menyatakan bahawa kilang-kilang haram di negeri itu sedang menjalani proses pengesahan sejak DAP membentuk kerajaan negeri pada tahun 2008.

Norlela, sebaliknya, mengucapkan "terima kasih" kepada SPRM di laman Facebooknya selepas Phee ditangkap.

Sebelum penangkapan Phee, SPRM juga telah merampas dokumen berkaitan dari Majlis Perbandaran Seberang Perai dan turut menyerbu kilang berkenaan.

Lihat Komen
ADS