Paling Popular
Terkini
story images
story images

Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini mendedahkan alasan beliau melepaskan jawatan selepas tiga tahun berkhidmat sebagai anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Kata Abdul Wahid, beliau enggan "terlalu selesa" sebagai seorang ahli politik dan perlu kembali ke sektor korporat.

"Ini adalah sebahagian daripada permintaan dan persefahaman asal saya, iaitu hanya berkhidmat selama satu penggal.

"Saya masih ingat perbualan saya dengan perdana menteri, ketika beliau mula-mula menjemput saya ke pejabatnya untuk bercakap tentang pelantikan itu.

"Saya membuat permintaan khusus itu saya hanya ingin berkhidmat satu penggal, sebab saya ingin kembali ke sektor korporat," katanya dalam satu sesi bual bicara di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Wahid adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maybank apabila dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Mei 2013.

Beliau mengetuai pelbagai agensi seperti Unit Perancangan Ekonomi dan TalentCorp. Abdul Wahid melepaskan jawatannya selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 4 Jun tahun lalu.

Abdul Wahid kemudian dilantik menjadi pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1 Ogos 2016.

Apabila beliau tidak dilantik semula menjadi menteri, sesetengah pihak meramalkan beliau meninggalkan kerajaan kerana isu skandal 1MDB.

Kata Abdul Wahid, keluarganya juga memainkan peranan penting dalam keputusannya tidak menyambung khidmat sebagai menteri.

"Isteri saya, khususnya, tidak mahu saya menjadi ahli politik kerana sebaik saja saya begitu, kami akan kehilangan privasi dalam hidup.

"Di sana juga ada bahaya apabila masih bersama keranaan dan berdepan dengan pilihan raya umum, terutama yang ke-14.

"Sentiasa ada kemungkinan anda diminta bertanding dan ia bukanlah suatu risiko yang saya mahu ambil," katanya berjenaka.

Beliau juga yakin mampu menyumbang lebih baik dalam sektor korporat berbanding politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS