Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gerakan: Operasi kilang haram berkembang bawah DAP
Diterbitkan:  Aug 16, 2017 11:41 PM
Dikemaskini: 3:46 PM

Gerakan hari ini menunjukkan bukti berdasarkan paparan satelit sebuah kilang tanpa lesen di Sungai Lembu, Seberang Prai Tengah (SPT) yang bukan saja dibiarkan tapi didakwa dikembangkan operasinya di bawah kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Jurucakap Biro Tanah dan Antirasuah Gerakan, H’ng Khoon Leng, menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa DAP hanya menjaga kilang-kilang haram diwariskan kerajaan BN sebelum ini.

Jelas H'ng, berdasarkan paparan imej satelit pada 31 Ogos 2008, kilang haram itu tidak kelihatan.

“Kilang haram itu dapat dilihat dengan jelas pada paparan satelit pada 2009.

“Gambar-gambar ini menunjukkan bahawa kilang haram itu boleh beroperasi secara terbuka," katanya.

Menurut H'ng tindakan berani itu kemungkinan besar kerana kilang haram berkenaan mendapat perlindungan daripada orang atasan kerajaan negeri.

Gambar-gambar yang disediakannya, kata H'ng menjelaskan lagi kewajaran siasasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

H'ng berkata demikian ketika isu kilang tanpa lesen di Sungai Lembu itu disiasat SPRM dan salah seorang exco Pulau Pinang turut ditahan reman.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu Phee Boon Poh bagaimanapun mencabar kebenaran reman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan perintah itu dibatalkan.

Phee disiasat atas dakwaan memberi arahan untuk menangguhkan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang haram terbabit.

Semalam Lim berkata ada kilang tanpa lesen di negeri itu wujud sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Pulau Pinang sebelum itu ditadbir oleh kerajaan BN.

Menurut Hn'g, satelit tidak memaparkan operasi kilang itu sebelumnya kerana ia beroperasi dalam skala kecil.

Katanya, meskipun kilang haram itu hanya memulakan aktiviti penapisan karbon dalam skala kecil pada 2007, kerajaan BN telah menghantar surat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melaporkan tentang aktiviti itu dan proses pemulihan telah diambil.

“Bagaimanapun, sembilan bulan kemudian - pada awal Mac 2008 - DAP mengambil alih kerajaan negeri.

"Maka, tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab jika kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP menyalahkan kerajaan BN sebelumnya ke atas isu kilang haram di Sungai Lembu.

“Anda sudah berkuasa lebih sembilan tahun. Sila bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga menyatakan kekhuatiran tentang penyakit barah di kawasan berkaitan dan persoal jika ia ada kaitan dengan pencemaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS