Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis tahan 15 anggota 'flashmob' AMK sambut Najib

Polis hari ini menahan 15 anggota Pemuda PKR Pulau Pinang selepas mereka menyertai 'flashmob' menunggu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Permatang Pauh.

Kumpulan itu ditahan selepas berkumpul di depan Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam, di mana perdana menteri dijangka menyertai ribuan orang pada jam 11 ​​pagi.

Ketua Pemuda PKR (AMK) negeri, Asrol Sani Abdul Razak mengesahkan kejadian itu.

Mereka yang ditahan itu termasuk Arol Sani dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Asrol Sani semalam memberitahu Malaysiakini, tujuan flashmob itu bukan mahu mencari masalah dengan pihak berkuasa tetapi mereka hanya mahu membawa sepanduk 'Bebaskan Anwar Segera’.

Ini kerana mereka percaya bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman lima tahun atas tuduhan meliwat adalah tidak bersalah.

Anwar sebelum ini berulang kali menafikan dakwaan itu dan sebaliknya mendakwa tuduhan itu adalah rekayasa Najib dan pentadbirannya manakala kerajaan menangkis tuduhan bahawa kes itu adalah berdasarkan bukti palsu.

Ketika ini, kerusi parlimen Permatang Pauh dipegang oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS