Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Meskipun belum dilancarkan, tetapi aplikasi mudah alih trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "eDrive" menjadi subjek aduan.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini tampil menggesa SPRM untuk menyiasat mengapa wang rakyat berjumlah RM2.9 juta diperlukan untuk menghasilkan aplikasi itu.

"Aplikasi ini hanya memberikan anda maklumat lalu lintas tetapi tidak mengemudikan anda melalui lalu lintas, tidak seperti aplikasi lain seperti Waze dan Google Maps, yang adalah percuma.

"Namun, DBKL menghabiskan masa hampir setahun dan RM2.9 juta untuk aplikasi ini.

“Saya minta SPRM untuk menyiasat (jika ada) apa-apa amalan rasuah yang terlibat," katanya di luar ibu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau merujuk kepada artikel di StarMetro bertarikh 10 Julai yang melaporkan aplikasi "eDrive" - sebuah aplikasi "perancangan perjalanan" akan dihubungkan dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) sedia ada.

Program berkenaan sedang diuji tetapi boleh dimuat turun di gedung Google Play dan Apple App.

Lim ditemani oleh anggota majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Yew Jia Haur, yang membandingkan "eDrive" dengan aplikasi wakil rakyat sendiri - "Aduan MPS".

"Kami membelanjakan RM27,000 dua tahun lalu untuk membangunkan satu aplikasi supaya orang ramai boleh membuat aduan dan ia mempunyai Sistem Penentududukan Sejagat (GPS).

“Kami membayar RM15,000 untuk versi Android dan RM12,000 untuk versi iOS, termasuk yuran penyelenggaraan.

"Sistem ini dikaitkan dengan sistem aduan kerajaan negeri Selangor. Kami mengambil masa hampir enam bulan untuk membangunkannya, dengan tempoh jaminan satu tahun," kata Yew.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz ketika dihubungi, mempertikaikan harga RM2.9 juta yang didakwa itu dan berkata beliau "tidak risau" dengan laporan Lim.

"Kami akan berikan apa sahaja maklumat (diperlukan) kepada SPRM.

"Ia bukan RM2.9 juta, maklumat itu jelas tidak betul," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS