Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Taklimat' Murad untuk Anwar setahun terlambat, kata peguam

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada Parlimen pada tahun 1993, dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berhubung kerugian Bank Negara di pasaran pertukaran asing, kata peguamnya, R Sivarasa.

Ini, kata Sivarasa, adalah rekod awam dan akan menjejaskan kredibiliti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam.

Abdul Murad memberitahu RCI bahawa beliau memberi taklimat kepada Anwar mengenai kerugian itu pada tahun 1994 semasa lawatan ke Hawaii.

Sivarasa berkata beliau terkejut bahawa panel RCI tidak menyoal Abdul Murad mengenai perkara tersebut memandangkan mereka seharusnya arif dengan urutan kejadian.

"Saya terkejut kerana anggota panel itu tidak menoalnya dengan betul kerana sesiapa sahaja yang sudah biasa dengan apa yang berlaku di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994 akan mengetahui bahawa isu ini pernah dibangkitkan pada tahun 1993.

"Anwar selaku menteri kewangan telah mengulas isu itu di Parlimen pada tahun 1993 sementara Abdul Murad mendakwa memberi taklimat kepadanya hanya pada tahun 1994," kata Sivarasa kepada Malaysiakini.

Justeru, kenyataan Abdul Murad itu "tidak masuk akal", kata Sivarasa.

"Mungkin dia bukan yang pertama atau satu-satunya orang yang memberi taklimat kepada Anwar (mengenai perkara itu). (Tetapi) sebagai rekod, anda boleh semak Hansard.

"Untuk mengatakan Anwar hanya diberi taklimat mengenai perkara itu pada tahun 1994 tidak mungkin benar kerana Anwar sudah menjawab soalan ketua pembangkang ketika itu, Lim Kit Siang di Parlimen pada tahun 1993," katanya.

Anwar, yang adalah menteri kewangan pada 1991, berulang-kali menafikan penglibatan dalam keputusan Bank Negara yang membawa kepada kerugian.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata bahawa dirinya hanya mengetahui tentang kerugian pada tahun 1992. Lim adalah orang pertama yang membangkitkan perkara itu di Parlimen dengan dakwaan kerugian forex adalah pada anggaran RM30 bilion.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS