Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tubuh BERSATU tapi tak percaya ‘ketuanan Melayu’?
Diterbitkan:  Aug 28, 2017 1:08 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa dilihat sebagai seorang pejuang Melayu yang ultra, termasuk oleh sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Pada 2010, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang melabelkan bekas perdana menteri itu sebagai "bapa rasis Malaysia" selepas Dr Mahathir menimbulkan amaran bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa jika pembangkang mengalahkan BN.

Oleh itu, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Dr Mahathir, yang sekarang mengetuai gabungan parti pembangkang, mengisytiharkan bahawa beliau tidak ladi percaya dengan konsep "ketuanan Melayu".

Bagi portal pro-Umno, MyKMU.net ini adalah putaran 180 darjah oleh ahli politik berusia 92 tahun itu dengan tujuan untuk menarik undi bukan Melayu.

“Dalam keadaannya sekarang bila dia memerlukan DAP untuk sokongan, maka Mahathir terpaksa U-turn banyak benda untuk menggembirakan hati tuan barunya itu.

“Mahathir buat U-turn banyak dah sebelum ini, apa yang hairan dengan soal keturunan Melayu ni pula,” kata artikel bertajuk “Tak Percaya Ketuanan Melayu Tapi Tubuh Parti Melayu Pula – Rakyat Bukan Bodoh!”

Portal itu seterusnya mempersoalkan sebab Dr Mahathir memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti Melayu eksklusif - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - sedangkan beliau kononnya tidak percaya dengan konsep ketuanan Melayu.

Sebaliknya, MyKMU berkata, adalah lebih mudah bagi bekas perdana menteri menyertai salah satu parti dalam gabungan Pakatan Harapan itu.

“Tapi sebab Mahathir percaya kepada ketuanan Melayulah maka dia tubuhkan BERSATU – yang tujuan kewujudannya tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi saingan kepada satu lagi parti yang percaya kepada konsep ketuanan Melayu ini iaitu Umno.

“Malah, menolak ketuanan Melayu tidak selari dengan penubuhan BERSATU yang pro-Melayu, sehingga ke tahap menjadikan orang bukan Melayu yang nak sokong parti itu sebagai ahli bersekutu – kelas dualah senang cakap.

“Mahathir nak Melayu jadi tuan dalam parti berlambangkan bunga raya ini, sebab itu bukan Melayu hanya layak jadi ahli bersekutu saja,” kata penulisnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS