Paling Popular
Terkini
story images
story images

ULASAN l Amanat Hadi merujuk kepada zaman kegelapan di era 1980-an, di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah batu api PAS.

Inilah permulaan era “kafir-mengkafirkan” (memanggil saudara seIslam kafir hanya kerana perbezaan fahaman politik) di mana Hadi yang mempopularkan tabiat ini diseluruh Malaysia.

Hadi menyampaikan khutbah Amanat Hadinya di Kampung Banggo, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 Aril, 1981 dan ucapannya itu dijadikan poster dan ditampal di pejabat-pejabat PAS di seluruh Malaysia, pada tahun yang sama.

Pada 1983, poster Amanat Hadi mendapat sokongan padu di Selising, di pilihan raya semula Kelantan dan kemudiannya dijadikan slogan perjuangan PAS di pilihan raya yang lain.

Penting untuk kita fahami apakah isi kandungan Amanat Hadi yang disisipkan di bawah, petikan penting dari ucapan itu:

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-pauk ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku.’

“Kafir” datangnya dari kata dasar “kufr”, yang bermakna “menutupi.” Seorang “kafir” dalam istilah Quran memaksudkan seseorang yang menutupi kebenaran, walaupun telah disampaikannya kebenaran.

Solat dua imam

Dalam Amanat Hadi, apa yang beliau sampaikan jauh lebih terkehadapan.

Beliau memfitnah semua ahli Umno pada waktu itu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak, sebagai “kafir” yang menutup atau menghalang kebenaran.

Dalam usaha yang melulu, Hadi melukis garisan perbezaan yang membezakan PAS dan Umno – sebenarnya perbezaan PAS terhadap dan rakyat Malaysia.

Sesiapa sahaja yang terkeluar dari bulatan PAS dan Hadi, dikira sebagai insan yang tidak punya lagi kepercayaan.

Disebabkan itu terdapat ceramah-ceramah agama yang berasingan antara mereka walaupun dalam kampung yang sama. Juga terdapat imam-imam yang berasingan antara mereka bagi mengimamkan solat harian, kenduri-kendara (kenduri kahwin dan sebagainya) yang berasingan, rumah sembelihan, kenduri arwah, solat Jumaat, juga tapak pengebumian pun berasingan.

Keluarga terasing, suami dan isteri dipisahkan dengan perbalahan kemudian penceraian, anak-anak tidak tahu menahu dengan apa yang berlaku dan lama-kelamaan, praktis ini membawa kepada perpecahan umat Islam di Malaysia dalam skala yang besar.

Hadi merupakan sumber dan inspirasi kepada merebaknya budaya tidak baik ini yang memecah-belahkan keluarga dan rakan-taulan.

Budaya Hadi ini hanya dapat dikekang dengan campur tangan Datuk Fadzil Noor, Yusof Rawa dan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mana semua mereka ini tidak ada lagi.

Daripada mempraktikkan politik kemanusiaan, yang mana juga digelar sebagai Siyasa al-Tawaduk, seperti yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW dan merupakan peribadi hidup Baginda, Hadi kini adalah Muawiyah versi Malaysia.

Muawiyah adalah sosok tubuh yang bertanggungjawab, selepas ketiadaan keempat-empat Khalifah al-Rashidin, dalam membentuk Dinasti Umaiyah. Apa yang berlaku pada dinasti inilah yang memulakan persengkataan darah antara Sunni dan Shia sehingga hari ini.

Di zaman Yazid, anak kepada Muawiyah, cucu Baginda Nabi Muhammad SAW, Husayn ibn Ali telah dipancung, melakar kebangkitan Shia dan kemarahan Sunni.

Tersenyum lebar

Amanat Hadi ini sama dengan keganasan yang paling buruk berlaku dalam sejarah Islam – penanaman benih kelemahan dalam dunia Islam, di mana Sunni dan Shia terpaut sebagai seteru yang terdedah kepada bahaya ancaman luar.

Hadi mendakwa dirinya mempraktikkan keadilan dan keobjektifan dalam hubungan beliau dengan Umno dan Najib. Tetapi Sarawak Report memberikan indikasi yang terdapat dakwaan agenda fidusiari di sebalik tabir.

Dengan menutupi kebenaran, dan menutupi dakwaan kesalahan Najib dan Umno, keseluruhan PAS, yang mempunyai sejarah kebanggaan sebagai parti politik pembangkang berorientasikan Islam, beliau telah menbawa keaiban dan fitnah kepada parti.

Politik “kekufuran” atau penidakkan kepada kebenaran sudah merosakkan parti, dan mesti Najib dan Umno sedang tersenyum lebar.

Melainkan Hadi dan “lima tembikai” dapat dihalang, perjuangan mereka yang kononnya membawa bendera hijau Islam – tapi sebaliknya mereka sebenarnya mendokong bendera hitam Jahiliyyah – PAS akan jadi seperti Dinasti Umaiyah yang hanya memerinta sesingkat 70 tahun sahaja.

Dan umur Umno kini 70, tidak ramai yang fikir bahawa Umno dan PAS sudah rosak dengan kepentingan orang atasan, tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sudah tiba masanya ahli-ahli Umno dan PAS yang sudah mendapat pencerahan untuk bangkit dari lena yang panjang dan mula persoalan kemana sebenarnya ketua-ketua parti sedang bawa anda semua pergi? Fikirkan dan muhasabah!

Sementara untuk Hadi, saya harapkan beliau fikiran semula Amanat Hadi, dan buat nilaian sama ada apa yang beliau katakan dahulu benar atau beliau perlu bertaubat dan tampil ke hadapan memohon kemaafan keada semua mangsa terkesan dengan Amanat Hadi.

Hanya yang berhati besar sahaja yang dapat mengakui kesalahan sendiri dan hati yang lebih besar untuk memohon kemaafan. Mari kita lihat, sama ada Hadi punyai hati yang besar atau yang lebih besar atau tidak ada hati sama sekali.


DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS