Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali sedih hanya PERKASA bela Zakir Naik

Presiden PERKASA Datuk Dr Ibrahim Ali mengecam parti politik berasaskan Melayu di negara ini yang menurutnya tidak mempertahankan Dr Zakir Naik, apabila kehadiran pendakwah kontroversi itu di Malaysia dibantah beberapa pihak.

Beliau berkata, parti seperti BERSATU, PAS dan Umno yang dilihat sebagai mewakili orang Melayu dan Islam sepatutnya berada di
barisan hadapan dalam perkara itu.

"Saya menjangka PAS akan berada di depan, atau Umno atau BERSATU, malah PKR atau DAP jika mereka mementingkan keadilan.

"Tetapi mereka tidak (berbuat demikian) dan hanya PERKASA sahaja yang terus (membela Zakir)," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur hari ini.

PERKASA menjadi pencelah bagi saman pemula sekumpulan 19 aktivis, antaranya Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee, bagi mendapatkan perintah penahanan dan pengusiran ke atas Zakir.

Saman yang difailkan Mac lalu itu menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketua pengarah imigresen, ketua pengarah jabatan pendaftaran negara, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Ia berikutan tindakan kerajaan memberikan status penduduk tetap kepada Zakir.

Selepas melihat sendiri program yang menampilkan Zakir, Ibrahim menyangkal ia mempunyai unsur yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum atau mengancam keselamatan negara.

Beliau juga menyatakan kekesalannya terhadap pejabat peguam negara, yang mewakili defendan, kerana hanya memfailkan permohonan pengguguran kes semalam.

"Mereka patut membuatnya lebih awal, dalam masa 48 jam selepas saman difailkan," katanya.

Hakim Datin Azizah Nawawi menetapkan 21 September ini bagi mendengar permohonan pengguguran itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS