Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bomba rumus pusat tahfiz sengaja dibakar
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 12:38 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini merumuskan bahawa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 September lalu yang meragut 23 nyawa dilakukan dengan sengaja.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati petrol telah dicurahkan pada rak kasut, tuala dan dinding di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat tiga.

“Terdapat dua buah silinder gas petroleum cecair (LPG) berwarna hijau berbelang merah dijumpai di hadapan pintu masuk bilik asrama. Hasil siasatan mendapati kedua-dua silinder tersebut telah kosong dan injapnya dalam keadaan terbuka.

“Pada masa sama, Unit Pengesan (K9) telah mengesan tujuh tempat dan tujuh sampel telah diambil di hadapan pintu masuk bilik asrama tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Wan Mohd berkata, dalam kes itu, empat ekor anjing telah digunakan dan semua menunjukkan ke tempat yang sama.

“Sampel ini telah dianalisa oleh pegawai kimia di makmal penyiasatan kebakaran Kuala Lumpur dan didapati empat sampel tersebut mengandungi residu cecair mudah menyala jenis petrol,” katanya.

Katanya, kebakaran api marak dengan cepat disebabkan gas LPG yang dilepaskan daripada kedua-dua silinder itu menyebabkan ia merebak dengan cepat ke seluruh bilik asrama.

“Berdasarkan penemuan-penemuan tersebut, punca kebakaran adalah perbuatan sengaja dibakar,” katanya.

Polis sebelum ini, menahan 7 suspek yang terdiri daripada remaja berumur 11 hingga 18 tahun selepas siasatan mendapati kebakaran itu berpunca daripada angkara khianat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS