Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Peter Bellew berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Habibul Rahman Kadir Shah, yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bellew menyifatkan Habibul sebagai 'bertenaga' dan mempunyai pandangan yang kukuh berhubung bagaimana syarikat penerbangan itu harus dipertingkatkan.

"Saya fikir dia mempunyai perspektif berbeza. Beliau seorang akauntan bertauliah dan mempunyai pengalaman dengan syarikat multinasional. Beliau seorang ahli perniagaan yang banyak pengalaman; sentiasa bergerak sepanjang masa.

"Beliau pasti mempunyai pandangan yang kukuh tentang penambah-baikan yang perlu kita lakukan terhadap kualiti produk dan perkhidmatan. Beliau sangat bertenaga sejak menyertai lembaga pengarah, jadi kami mengalu-alukan pelantikannya," katanya kepada pemberita semasa taklimat di Akademi MAS di Kelana Jaya hari ini.

Beliau disoal mengenai nilai Habibul - yang dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif MAS pada 18 Mei - kepada syarikat itu.

Sebelum ini, pelantikan Habibul dan hubungannya dengan perdana menteri telah mencetuskan kebimbangan. Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli pernah menimbulkan kebimbangan itu ketika mempersoalkan perjanjian MAS untuk membeli 25 pesawat Boeing 737 MAX 10 dan lapan Boeing 787-900 Dreamliners.

Sementara itu, Bellew berkata beliau juga mengalu-alukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dalam menyertai lembaga pengarah MAS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS