Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Mekanisme 3 pihak untuk tamatkan keganasan ke atas Rohingya'
Diterbitkan:  Sep 28, 2017 5:50 AM
Dikemaskini: 10:06 PM

Bekas setiausaha agung ASEAN Tan Sri Dr Surin Pitsuwan menggesa supaya mekanisme tiga pihak yang diselaraskan antara sepuluh negara anggota, Myanmar dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) segera ditubuhkan bagi menamatkan keganasan ke atas masyarakat Rohingya di Wilayah Rakhine.

Beliau berkata kumpulan teras ini yang Jakarta (Indonesia) harus menerajui melalui pusat Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA), bertujuan untuk mempermudahkan kepercayaan, keyakinan dan kerjasama untuk menamatkan keganasan dan menawarkan jaminan keselamatan dan bantuan kepada semua mereka yang memerlukan.

Surin, yang juga bekas menteri luar Thailand, berkata masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan usaha bersepadu untuk mengelakkan krisis kemanusiaan itu daripada meruncing memandangkan kira-kira 480,000 Muslim Rohingya Mtelah melarikan diri ke Bangladesh sejak kegenasan meletus di Myanmar pada 25 Ogos.

"Saya telah melakukannya sekali (makanisme tiga pihak) bagi pihak ASEAN apabila Siklon Nargis melanda Myanmar pada Mei 2008 selama dua tahun setengah.

"Mekanisme ini sangat diperlukan untuk mengingatkan pihak berkuasa di Myanmar bahawa ia harus mengambil tindakan tegas untuk menamatkan penindasan ke atas etnik Rohingya.

"Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami etnik ini telah berlarutan terlalu lama dan menjadi faktor ketidakstabilan dan menjejaskan keselamatan serantau. Sebagai tokoh ASEAN, saya fikir ia boleh memberi kesan dan memberi implikasi serius kepada pertumbuhan ekonomi dan keamanan ASEAN," katanya.

Beliau memberitahu Bernama demikian selepas menyampaikan ceramah “Tadbir Urus Baik: Cabaran bagi Komuniti ASEAN” pada Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Ke-2 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM berkenan merasmikan siri syarahan itu.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Naib Canselor UKM Prof Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali juga hadir.

Surin berkata isu etnik Rohingya tidak lagi boleh dianggap sebagai masalah dalaman Myanmar semata-mata, dan menggesa perlembagaan negara itu dipinda bagi memasukkan fasal mengenai Rohingya, yang tidak berpendidikan dalam bahasa Burma, tidak mempunyai nombor pendaftaran rumah atau sjil kelahiran, untuk menjamin Rohingya mempunyai tempat yang selamat di Myanmar.

"Saya menghormati komitmen Malaysia dan berdiri bagi memberitahu Myanmar untuk menghentikan kekejaman dan tidak bersetuju dengan pendirian Asean kerana pengerusi sekarang, Filipina merayu kepada semua pihak untuk mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Saya fikir tanggungjawab kita adalah kolektif dalam bentuk bantuan kemanusiaan. Kita tidak boleh menyatakan bahawa ini adalah urusan dalaman dan kedaulatan sebuah negara.

"Rantau ini akan lebih bergolak kerana masalah mana-mana negara anggota boleh menular ke negara jiran kita pada bila-bila masa atau bahkan pada hari berikut.

"ASEAN harus dan boleh membantu, contohnya setiap negara boleh memainkan peranan dan menyumbang dengan menghantar bantuan kemanusiaan, seperti Malaysia (perubatan), Indonesia (perumahan), Thailand (pendidikan) dan Singapura (makanan).

"Ini kerana setiap etnik Rohingya berhak untuk berada dalam Myanmar, dan ini memerlukan penyelarasan dan kerjasama jangka panjang," kata beliau.

- Bernama


 

Lihat Komen
ADS